FNSB Dilantik Menjadi Perunding Latihan Penulisan & Penerbitan Laporan Tahunan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, KPT

Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) dengan berbesar hati mengumumkan bahawa FNSB dilantik sebagai perunding latihan penulisan bagi melatih 20 orang pegawai kanan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 20 pegawai kanan akan diberikan latihan penulisan laporan tahunan dan prospektus bagi tahun 2009 hingga 2010. 2 bengkel dijadualkan diadakan pada bulan Mac dan Jun tahun 2009.

Di samping itu juga FNSB dilantik sebagai perunding perkhidmatan penerbitan bagi mengendalikan penyunting dan penyusun atur huruf berserta percetakan bagi laporan tahunan dan prospektus jabatan selepas proses penulisannya selesai. Ini adalah kejayaan yang besar kepada perkembangan syarikat FNSB. Tahniah dan syabas kepada semua ahli keluarga FNSB atas kejayaan ini.

Perkhidmatan Penerbitan : Buku Abstrak Sarjana & Doktor Falsafah APIUM (Bahasa Arab)

PenerbitBuku.Com dalam proses mengendalikan projek buku Abstrak Sarjana & Doktor Falsafah Jabatan Al-Quran & Al-Hadith dan Jabatan Akidah & Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Projek ini sepenuhnya dalam bahasa Arab.

Projek buku ini adalah koleksi abstrak tesis para mahasiswa pasca sarjana dan doktor falsafah dari luar negara yang belajar di kedua-dua jabatan. Spesifikasi buku adalah 7″ X 10″, kertas dalam simili 70gsm, teks hitam putih, kulit buku artcard 230 gsm, kulit empat warna, finishing UV.

Sasaran buku ini siap pada Februari 2009.

Kulit Buku Abstrak Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (Arab)

Perkhidmatan Penerbitan : Laman Web Pesta Buku Negeri Selangor 2008

  • Nama Projek : Laman Web Pesta Buku Selangor
  • Pemilik : Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor
  • Tarikh Projek : Julai 2008
  • Jenama Fauzul Na’im Sdn. Bhd. :  PenerbitBuku.Com

Laman Web Pesta Buku Selangor

Gerak kerja :

Laman web Pesta Buku Selangor 2008 adalah projek tajaan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Ia diwujudkan bagi membantu pihak Perbadanan Perpustakaan  Negeri Selangor mempromosikan aktiviti perbukuan di sana. Projek ini ditaja sepenuhnya oleh Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

Perkhidmatan Penerbitan : Buku Skor A Bahasa Malaysia UPSR

  • Nama Projek :  Skor A Bahasa Malaysia UPSR
  • Pengarang : En. Md Razman Samaon
  • Tarikh Projek : Julai 2008
  • Jenama Fauzul Na’im Sdn. Bhd. : PenerbitBuku.com

	Kulit Buku Skor A

Gerak kerja :

Buku ini adalah buku terbitan individu. Ia merupakan buku rujukan sekolah dan pusat tuisyen yang di mana pengarang mengajar. Buku ini berketebalan 224 halaman, saiz 6″ X 9″, Kertas isi dalam Simili 70gsm, teks hitam putih, kulit buku 4 warna, Artcard 230 gsm.

Perkhidmatan yang diberikan oleh pihak PenerbitBuku.Com adalah suntingan, susun atur huruf, pruf, penjilidan dan percetakan. Buku ini turut dijual di e-Kedai.net. Sudah diulang cetak sekali pada bulan Disember 2008.