Projek Terbaru : Program Latihan Penulisan Institut Aminuddin Baki

Pihak pengurusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) melalui AkademiPenulis.Com baru sahaja dihubungi oleh pihak Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Bentong, Pahang. Mereka melantik FNSB sebagai perunding dan jurulatih bagi program latihan penulisan di tempat mereka. Program ini disasarkan untuk para pensyarah di Institut Aminuddin Baki dan para pegawai Kementerian pelajaran Malaysia.

Tarikh-tarikh sudah ditetapkan oleh mereka dan ia bermula pada bulan Mac 2008. Ini adalah satu permulaan yang baik bagi tahun 2009. Pengiktirafan perkhidmatan FNSB oleh sebuah organisasi kerajaan yang melatih para guru dan pendidik seluruh Malaysia.

Jadual yang ditetapkan adalah seperti di bawah

BIL

KOD

KURSUS

TEMPOH

TEMPAT

1

IABI099A01

KURSUS PENULISAN BERITA DAN RENCANA

30 MAC – 2 APRIL 2009

IAB GENTING HIGHLANDS

2

IABI099A02

KURSUS PEMINDAHAN HASIL PENYELIDIKAN KEPADA PENULISAN ILMIAH

27 – 29 APRIL 2009

IAB GENTING HIGHLANDS

3

IABI099A03

KURSUS REKAAN GRAFIK BUKU DAN PENERBITAN ILMIAH

29 JUN – 1 JULAI 2009

IAB GENTING HIGHLANDS

4

IABI099A04

KURSUS ASAS PENULISAN ILMIAH

22-24 JULAI 2009

IAB GENTING HIGHLANDS

5

IABI099A05

KURSUS KEMAHIRAN PENYUNTINGAN BAHAN ILMIAH

27 – 29 JULAI 2009

IAB GENTING HIGHLANDS

Jenama Kami Bermaksud Kualiti

Selamat datang ke laman web rasmi FauzulNaim.Com. Pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran Tuan Puan ke laman ini. Di sini kami kongsi pelbagai info dan maklumat mengenai operasi syarikat kami. Fauzul Na’im Sdn. Bhd. memfokuskan bisnesnya kepada tiga kategori perkhidmatan iaitu latihan & perundingan, perkhidmatan penerbitan dan jualan & pengedaran.

Jenama-jenama Fauzul Na’im Sdn. Bhd. direka bagi memenuhi ketiga-tiga kategori perkhidmatan di atas. Jenama Kami Bermaksud Kualiti merupakan moto perkhidmatan kami. Ia melambangkan komitmen dalam menjamin kualiti kami memenuhi piawaian tertinggi.

Pengalaman Mengajar

Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) wujud daripada pengalaman bertahun-tahun dalam pasaran. FNSB dimulakan dengan penubuhan 3 perniagaan perkongsian iaitu Book Pro Publishing Services, B Pro Management & Training dan Book Pro Sales & Distributors yang menfokus kepada ketiga-tiga kategori perkhidmatan ada di FNSB kini.

Book Pro Publishing Services berjaya menjadi antara syarikat yang maju ke hadapan dalam perkhidmatan penerbitan. Ia dikenali di institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, di kalangan penerbit seperti ZI Publications Sdn. Bhd. dan juga individu. Perkembangan ini menjadikan Book Pro Publishing Services sebagai antara pemimpin industri ini.

B Pro Management & Training melalui AkademiPenulis.com diiktiraf oleh beberapa badan seperti Dewan Bahasa & Pustaka, Institut Aminuddin Baki, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim dan ramai lagi sebagai penyedia perundingan dan latihan penulisan. Banyak program dijayakan dan melahirkan ramai pengarang.

Book Pro Sales & Distributors melalui e-Kedai.net diiktiraf sebagai antara kedai buku online terbesar Malaysia. Rangkaian produk buku dari pelbagai penerbit seperti PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Al-Ameen Serve Holdings, Institut Terjemahan Negara Malaysia dan ramai lagi menjadikan ia pusat sehenti pembelian buku berkualiti.

Hasil kejayaan ketiga-tiga inilah menjadi titik tolak kepada penubuhan sebuah syarikat sendirian berhad yang mengambil alih tugas ketiga-tiga perniagaan tadi.

Tahun 2009 Sebagai Pemula

Sekarang Fauzul Na’im Sdn Bhd ditubuhkan pada Januari 2009 dengan gagasan baru untuk menjadi antara syarikat perunding penerbitan terulung negara. Melangkah dengan ahli pasukan berpengalaman dalam bidang penerbitan. Kami amat berharap untuk bekerjasama dengan Tuan Puan semua dalam bidang ini. Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkhidmatan kami boleh terus hubungi di talian Hotline kami 1-700-80-2776 ataupun e-mel kepada group@fauzulnaim.com ataupun terus ke ruangan Hubungi Kami di atas.

Layari laman ini bagi mendapat maklumat lanjut perkhidmatan kami yang diwujudkan khusus buat Tuan Puan pelanggan yang kami hormati.

JENAMA KAMI BERMAKSUD KUALITI

Yang benar,