e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda sudah beroperasi melebihi empat tahun. Ia adalah jenama di bawah perkhidmatan jualan dan pengedaran Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Sebelum ini ia beroperasi di bawah pengurusan Book Pro Sales & Distributors sehingga bulan Disember 2008. Idea pembinaan e-Kedai.net ini bermula pada tahun 2003 apabila mengenang bulan demi bulan membayar bil internet tanpa sebarang pulangan kepada diri sendiri. Saya sendiri adalah penerbit buku dan apabila difikirkan balik ini adalah ruangan terbaik untuk memulakan bisnes dari rumah. Ia mula dilaksanakan menjelang tahun 2004 apabila saya bertemu dengan salah sebuah syarikat pembangun laman web dan satu persetujuan dibuat bagi membangunkan e-Kedai.net
Dalam proses itu, e-Kedai.net sudah diubah suai 3 kali dan ini adalah reka bentuk yang ketiga. Pada mulanya ia diuruskan oleh MIFF Edar, sebuah perniagaan keluarga dan kemudiannya diserahkan kepada Book Pro Sales & Distributors.
Fauzul Na’im Sdn. Bhd. mengambil alih pengurusan selepas penggabungan kesemua anak syarikat Kumpulan Book Pro di bawah pentadbirannya. e-Kedai.net menjadi pusat sehenti pembelian buku Malaysia. Ia menduduki top 10 enjin carian terkenal Google & Yahoo bagi kata kunci penting seperti buku, kedai buku dan buku online.
Sehingga sekarang ia menjadi pusat jualan online bagi produk buku penerbit-penerbit terkenal Malaysia antaranya ;
- PTS Publications Sdn. Bhd.
- Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
- Telaga Biru Sdn. Bhd.
- Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
- Alaf 21 Sdn. Bhd.
- Jemari Seni
- dan banyak lagi.
Maklumat lanjut mengenai e-Kedai.net boleh dilayari di www.e-kedai.net (klik di sini)
