Fauzul Na’im Ishak memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2000. Pada ketika itu beliau masih menuntut dalam sarjana muda kejuruteraan Universiti Malaya. Beliau di’jemput’ masuk oleh Puan Ainon Mohd. bagi menyertai ahli keluarga syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS P&D). PTS P&D [...]
Nurulhilyati Abdul Halim dilahirkan pada 1 Ogos 1979 di Bukit Apeng, Kedah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah Bujang, Bedong, Kedah dari tahun 1986-1991. Melanjutkan pelajaran menegah di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah sehingga tingkatan 3.
Dengan berbekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum, beliau ditawarkan menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan [...]
Nur Hidayatul Ayu Ahmad adalah graduan Universiti Teknologi MARA dalam bidang penerbitan. Menyertai Fauzul Na’im Sdn. Bhd. pada bulan Ogos 2009. Menguruskan urusan pentadbiran perakaunan, sumber manusia dan pengurusan harian keseluruhan anak syarikat Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Bertindak sebagai Eksekutif Pentadbiran Fauzul Na’im Sdn. Bhd.
Cik Nur Hidayatul Ayu Ahmad, Eksekutif Pentadbiran Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
Abdul Qahhar Mohd. Noor adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan minor Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya. Seorang yang bergiat aktif dalam kegiatan kemahasiswaan. Terlibat dalam beberapa organisasi mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS). Sekarang diberikan tanggungjawab sebagai Penolong Pengurus Akademi Penulis Sdn. Bhd., anak syarikat Fauzul Na’im Sdn. Bhd.
En. Abdul Qahhar Mohd. Noor, [...]
Fairuz Sulaiman adalah seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian dari Universiti Malaya. Pernah membangunkan beberapa perisian di beberapa syarikat swasta Malaysia. Sekarang diberikan tanggungjawab menguruskan perkhidmatan penerbitan di Book Pro Publishing Services. Bertugas sebagai Penolong Pengurus di sana.
En. Fairuz Sulaiman, Penolong Pengurus Book Pro Publishing Services
Husnidatul Nur Hussain, seorang individu berkelulusan dalam bidang penerbitan dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Berpengalaman menjadi editor di PTS Millennia Sdn. Bhd. sehingga 31 Januari 2009. Seorang yang mempunyai pengalaman dalam menyunting buku-buku bacaan umum bahasa Melayu dalam pelbagai bidang termasuk motivasi, akademik, Islam kontemporari. Mula menyertai pasukan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. pada 1 [...]