Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Dari Pulangan ASB

July 5, 2008

Semalam saya duduk minum petang bersama Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Puan Ainon Mohd.. Dr. Tengku Asmadi datang ke pejabat PTS di Wangsa Melawati bagi berbincang mengenai program latihan dan juga mengambil royalti tahunan bagi tahun 2007.

Dalam duduk berbincang pelbagai isu masa kini, Dr. Tengku Asmadi menceritakan senario beliau memotivasikan para eksekutif di bawahnya untuk menulis. Beliau berkata kepada salah seorang eksekutifnya.

Read more

Pengarang Tempatan VS Pengarang Antarabangsa

May 13, 2008

Semalam pihak pengurusan PTS Millennia Sdn Bhd bersama dengan pengarah urusan Kumpulan PTS mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hala tuju penerbitan buku terjemahan PTS Millennia. Berdasarkan perkiraan semasa, jumlah buku terjemahan yang bakal terbit di PTS Millennia bagi tahun 2008 adalah melebihi jumlah karya tempatan.

Apakah sebabnya perkara ini berlaku? Mungkin ada yang mengatakan ini semuanya disebabkan saya memilih untuk jadi begitu. Jawapan itu mungkin benar mungkin tidak. Selalunya di PTS Millennia Sdn Bhd, kami memilih karya yang terbaik daripada sudut kualiti isi, kualiti persembahan dan konsep segar. Ini amat penting untuk memastikan para pelanggan memperoleh produk yang terjamin mutunya dan berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.

Setiap hari kita di PTS Millennia Sdn Bhd menerima pelbagai manuskrip daripada tempatan dan ada juga daripada luar negara terutamanya Indonesia (ini dikirimkan sendiri oleh penulis). Daripada genre motivasi, agama hinggalah fiksyen. Kesemua ini dinilai bagi diambil kira untuk tujuan penerbitan di PTS Millennia Sdn Bhd. Selepas mengambil kira manuskrip yang ada dan keperluan penerbitan mengikut musim, barulah kita melihat pula buku-buku yang ingin diterjemah daripada luar. Kekurangan ruang kosong yang tidak boleh diisi oleh para pengarang tempatan akan diisi oleh karya terjemahan.

Dalam kata lain, sebenarnya bukan disebabkan hendak sangat menerbitkan karya terjemahan tetapi disebabkan tiada karya tempatan pada standard dikehendaki oleh PTS Millennia menyebabkan kami terpaksa mencarinya daripada luar. Mungkin ada yang mengatakan PTS Millennia meletakkan standard terlalu tinggi dalam penerbitannya. Pada pandangan saya ia memang sepatutnya begitu. Karya seharusnya pada standard yang tinggi, memberikan ilmu yang segar dan bermanfaat kepada masyarakat.

Kita mahukan karya yang bercerita perkara biasa pada keadaan yang luar biasa. Tidak semestinya karya luar biasa sahaja. Susahlah begitu, tidak susah selagi mana penulis mahu datang kepada pihak kami untuk melihat bagaimana menjadikan karya mereka luar biasa. Ini adalah cabaran kepada semua pengarang. Saya cabar semua penulis untuk bersama PTS Millennia menghasilkan karya yang luar biasa ini. Mari bertemu PTS Millennia, kita sama-sama melihat bagaimana menghasilkan karya yang luar biasa ini.

Pengarang Berjiwa Besar, Pengarang Berjiwa Kecil

April 16, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 memberikan seribu satu kesimpulan buat sesiapapun yang ingin menganalisa. Daripada gelagat pempamer yang pelbagai, gelagat pengunjung pelbagai karenah hinggalah gelagat pengarang yang menarik hati.

Saya ada bertemu dengan beberapa pengarang PTS dan bukan PTS. Ada yang menerbitkan dengan pelbagai penerbit yang lain. Apa yang saya ingin ceritakan di sini adalah perbezaan di antara pengarang berjiwa besar dan pengarang yang berjiwa kecil. Di sini bukanlah untuk memperkecilkan sesiapapun tetapi hanya sebagai satu muhasabah di antara kita.

Apabila saya bertanya dengan para penulis terutamanya penulis PTS (kerana saya pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd), mengapakah tidak membuat penonjolan diri di gerai PTS. Pihak PTS amat mengalu-alukan mana-mana pengarang untuk membuat penampilan diri di sana. Pasti akan ada tukang lelong yang akan memperkenalkan para pengarang PTS kepad orang ramai. Ini juga adalah nilai tambah kepada PTS dan para pelanggannya.

Read more

Salah Laluan Ataupun Salah Produk?

April 15, 2008

Sepanjang PBAKL 2008, antara isu yang paling hangat diperkatakan di kalangan pempamer adalah nasib pempamer di Dewan Tun Razak 2. Setiap hari sejak bermulanya PBAKL 2008, ada sahaja keluhan para pempamer di sana yang mengatakan dewan agak lengang berbanding dengan ruang pameran yang lain seperti di Dewan Tun Razak 3, 4 dan Ruang Legar Putra PWTC.

Isu ini hingga membawa kepada keluarnya satu petisyen daripada para pempamer TR2 kepada pihak JK pengelola PBAKL. Ada juga pempamer dari TR2 menyerang para JK tertinggi pengelola PBAKL. Semua ini berlaku di hadapan mata saya sendiri. Pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar dikeluarkan oleh mereka.

Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah ramai pengunjung tidak mahu ke sana kerana keletihan apabila sudah memasuki TR3, TR4 dan Legar Putra. Namun begitu peliknya, ia tidak berlaku kepada PTS. Jualan di gerai PTS walaupun berada di TR2 amat baik. Catatan hari biasa (tidak cuti) boleh mencecah jualan RM10 ribu ke RM20 ribu sehari. Catatan paling tinggi adalah pada hujung minggu hingga melebihi RM70 ribu. Gerai PTS tidak pernah lengang ada sahaja pengunjung yang mengerumuni buku-buku terbitannya.

Read more

Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) Menjemput Ke Hi Tea Bersama TAMRIN 28 Mac 2008

March 17, 2008

Logo TamrinPertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia atau singkatannya TAMRIN dalam proses penubuhannya. TAMRIN digagaskan dalam pertemuan kali pertama protemnya pada 8 Februari 2008.

Dalam pertemuan tersebut, seramai lebih daripada 15 orang para perunding latihan dan motivasi tersohor negara berkumpul di Wisma Belia MAYC, Kuala Lumpur bagi berbincang mengenai penubuhan dan hala tujunya.

Antara yang hadir adalah Dr. (Kehormat) Uthman El Muhammadi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Dr. Danial Zainal Abidin, Ustaz Nik Badlishah, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Ustazah Nik Salida, Saudara Osman Affan, Saudara Ahmad Fadzli Yusof, Dr. Suriyakhatun Osman, Saudara Kamal Affandi Hashim dan ramai lagi. Saya juga turut hadir memberikan pandangan.

Read more

Saya Menulis Satu Judul Buku Satu Hari

March 6, 2008

Saya bertemu dengan beberapa orang rakan penerbit dan penulis penulis di Pesta Buku Islam Jakarta 2008 baru-baru ini. Mereka ini tidak lokek untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai dunia penerbitan mereka di sana. Apabila melihat kepada rangkaian judul dan jumlah buku yang besar, kita dapat menjangkakan bahawa komuniti pengarang di sana adalah jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia. Ada beberapa kelompok pengarang yang bekerjasama bagi memastikan karya-karya terbitan Indonesia berkualiti tinggi. Antara yang boleh disebut adalah Forum Lingkar Pena. Yang menarik lagi di sana wujud agensi-agensi swasta yang ditubuhkan sebagai konsultan kepada para penulis.

Salah satu yang saya baru tahu adalah agensi milik saudara Ali Muakhir, bekas pengurus di Dar Mizan, salah satu anak syarikat Mizan Publishing House. Ali adalah sahabat lama yang pertama kali saya temui beliau pada Pesta Buku Indonesia pada tahun 2004 (cop passport saya yang pertama dari Jakarta pada November 2004). Beliaulah orang yang menyambut kami pada lawatan pertama kami di sana. Selepas bertemu di Jakarta, kami bertemu lagi di Bandung semasa kami melawat pejabat Mizan Bandung. Hinggalah akhirnya saya mendengar khabar bahawa beliau sudah meletakkan jawatan dan keluar daripada Dar Mizan. Satu kejutan.

Read more

Forum Akademi Penulis Dilancarkan! Sila Manfaatkan!

March 5, 2008

Forum Akademi Penulis Karya BestsellerPada hari ini dengan bangganya saya melancarkan Forum Akademi Penulis Karya Bestseller. Forum ini diwujudkan bagi memudahkan pada penulis, bakal penulis, penerbit, bakal penerbit dan sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia penulisan berdiskusi serta berinteraksi dengan Akademi Penulis Karya Bestseller.

Anda semua boleh bertanya apa sahaja dengan moderator-moderator terpilih Akademi Penulis mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku. Luahkan apa yang terpendam dan dapatkan khidmat nasihat daripada mereka ini. Saya cadangkan Anda semua manfaatkan ruangan ini sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi mutu kepenulisan Anda di samping mendapatkan lebih banyak maklumat baru.

Ruang forum boleh di akses melalui navigasi atas laman ini yang bertanda FORUM ataupun terus ke ruang forum di http://www.akademipenulis.com/forum. Mudah sahaja, Anda hanya perlu mendaftar diri dengan menekan butang Register pada ruangan forum. Kemudian masukkan maklumat diri Anda dan terus berforum. Mereka yang tidak mendaftar diri tidak dibenarkan mengirimkan sebarang pertanyaan di ruangan forum. Jangan lepaskan peluang berinteraksi dengan pihak akademi di sana.

Selamat berinteraksi dan kami menunggu Anda di sana.

Paradoks Negeri Para Nabi

February 26, 2008

Ini adalah sumbangan daripada sahabat saya Bapak Deden Ridzwan, GM Hikmah, Mizan Publishing House

Oleh M. Deden Ridwan, konsultan media & praktisi dunia penerbitan

AKHIR Januari lalu, saya baru saja menghadiri Cairo International Book Fair (CBF). Pesta meriah ini digelar selama kurang-lebih dua minggu. Mulai 22 Januari-04 Februari 2008. Bertempat di lokasi khusus pameran, berupa lapangan seluas 10-an hektar, dengan 12 hall, di kawasan Nasr City, Cairo, Mesir. Di lapangan itulah para pengunjung dari penjuru dunia bisa menikmati stand-stand buku berjejer. Meskipun bentuk stand-standnya tampak sederhana. Alias tak mencerminkan kualitas seni yang tinggi. Namun justru dengan begitu nuansa klasiknya cukup menonjol.

Dalam beberapa kali pameran buku di Jakarta Convention Center (JCC), saya sering merasa capek berkeliling ke seluruh stand. Ternyata, setelah menghadiri CBF, pameran di JCC itu terasa amat kecil. Saking luasnya, saya pun tak berhasil mengunjungi semua stand tersebut secara detail. Karena memang memerlukan energi dan waktu yang cukup lumayan.

Read more

Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan?

February 14, 2008

Apabila saya bertanya kepada peserta-peserta bengkel penulisan yang saya kendalikan. Mengapakah Anda semua tidak menulis? Ramai yang memberikan seribu satu alasan hampir sama.

Antara alasan yang diberikan “Kami tidak ada pengalaman”, “Kami tidak ada bakat”, Kami tidak tahu bagaimana hendak menulis”, kami tidak itu, kami tidak ini.

Kesemua alasan dan jawapan sebegini sama sahaja sama ada pesertanya di kalangan remaja ataupun dewasa, di kalangan pelajar ataupun pensyarah, di kalangan pendidikan rendah hinggalah bertaraf profesor.

Apakah sebenarnya berlaku di sini? Adakah memang benar perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Jika kita telitikan satu persatu, alasan-alasan sebegini bukan hanya dalam berkisar persoalan penulisan sahaja. Apabila soalan yang sama ditanya mengenai mengapa tidak berniaga? Mengapa tidak menyanyi? Mengapa tidak menyertai amanah saham? Mengapa tidak  itu dan ini. Alasan seakan-akan sama akan dikeluarkan. Benarkah? Cubalah mula bertanya kepada rakan-rakan terdekat.

Saya yakin dan percaya lebih daripada 70% jawapan adalah seperti di atas.

Mengapa begini jadinya? Ini semuanya bermula daripada diri sendiri. Apakah skrip hidup yang kita tulis dalam diri kita mengenai sesuatu perkara. Skrip itu skrip menarikkah, berjayakah ataupun gagalkah? Kesemuanya diterjemahkan kepada cara kita berfikir dan bertindak. Bagaimana hendak mengenali dan keluar daripada situasi sebegini? Kita akan bincangkan dalam artikel mendatang.

Natasha Hudson, Karya Asli & Plagiarisme

January 19, 2008

Oleh Mohamad Syafizan Mohamed Kasim (Mat Jan)

Saya rasa isu ini menarik, jadi saya nak kongsi dengan kawan-kawan.

Kepada yang tak kenal Natasha Hudson, dia adalah model dan pelakon. Antara filem yang dia berlakon: Chermin dan Sumolah. Dia juga terkenal kerana kes perceraian dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, selepas hanya empat bulan berkahwin. Lepas tu dia berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ranhill. Macam-macamlah gossip tentang kes cerai dan kahwin dia, tapi saya nak cakap pasal isu lain.

Pertengahan tahun lepas, buku dia launch, buku puisi kanak-kanak, “Puisi Indah Si Pari-Pari”. Siap masuk surat khabar. Ini link The Star:

Read more

Next Page »