e-Kedai.net sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2004. Pada mulanya ia diuruskan oleh MIFF Edar. Perniagaan pertama keluarga Tuan Fauzul Na’im Ishak. Ia berpindah tangan daripada satu syarikat kepada syarikat lain. Daripada MIFF Edar kepada Book Pro Sales & Distributors, kemudian kepada syarikat induk Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Akhirnya selepas beberapa lama begini, pihak pengurusan [...]
Saya dengan bangganya mengumumkan kemasukan En. Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob sebagai perunding kanan dalam pasukan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Beliau pernah menjadi perunding dan jurulatih di Amalan Belajar Sdn. Bhd., syarikat perunding milik Dr. Shukri Abdullah. Sekarang beliau mengendalikan SeronokBelajar.Com (http://www.seronokbelajar.com) jenama terbaru pembangunan diri di Fauzul Naim Sdn. Bhd. Laman web ini [...]
Saya dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran FNTV di www.fauzulnaimtv.com. FNTV adalah saluran web TV milik penuh Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Ia diwujudkan bagi memberikan maklumat terkini aktiviti Fauzul Na’im Sdn. Bhd. dan para perunding di bawah pengurusan kami. Pelbagai video menarik dikongsikan antaranya rancangan TV di mana perunding kami terlibat, ceramah motivasi, bengkel-bengkel, aktiviti di [...]
MentorPenulis.Com adalah ruangan blog peribadi saya. Sebelum ini ia dimulakan melalui AkademiPenulis.Com yang kemudiannya ditukar menjadi ruangan latihan penulisan. MentorPenulis.Com adalah perkongsian pengalaman dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Pengalaman selama 8 tahun yang penuh hikmah dirasakan perlu dikongsikan dengan semua. Pengalaman berinteraksi dengan penulis, penerbit buku, pekedai buku, organisasi kerajaan, organisasi swasta dan lain-lain [...]
AkademiPenulis.Com bermula hanya sebagai sebuah blog peribadi berkembang kepada pusat latihan penulisan. Ia adalah jenama bagi produk pembangunan penulisan di bawah Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Misi utama Akademi Penulis.com adalah untuk memberikan info dan ilmu kepengarangan yang terkini dan kontemporari. Para perunding latihan Akademi Penulis.Com adalah dari para pakar dalam bidang penerbitan dan penulisan yang [...]
e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda sudah beroperasi melebihi empat tahun. Ia adalah jenama di bawah perkhidmatan jualan dan pengedaran Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Sebelum ini ia beroperasi di bawah pengurusan Book Pro Sales & Distributors sehingga bulan Disember 2008. Idea pembinaan e-Kedai.net ini bermula pada tahun 2003 apabila mengenang bulan demi bulan membayar bil [...]
PenerbitBuku.com adalah jenama bagi perkhidmatan penerbitan di bawah Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Penerbit Buku.Com beroperasi melalui laman web www.penerbitbuku.com. PenerbitBuku.Com menyediakan perkhidmatan penerbitan paling lengkap melalui web. Ia adalah idea yang keluar apabila melihat buku-buku yang diterbitkan di dalam pasaran oleh para penerbit persendirian. Mereka ini menerbitkannya dengan tidak menjaga kualiti dari sudut penghasilan terutamanya [...]