MentorPenulis.Com adalah ruangan blog peribadi saya. Sebelum ini ia dimulakan melalui AkademiPenulis.Com yang kemudiannya ditukar menjadi ruangan latihan penulisan. MentorPenulis.Com adalah perkongsian pengalaman dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Pengalaman selama 8 tahun yang penuh hikmah dirasakan perlu dikongsikan dengan semua. Pengalaman berinteraksi dengan penulis, penerbit buku, pekedai buku, organisasi kerajaan, organisasi swasta dan lain-lain terasa rugi apabila disimpan.
MentorPenulis.Com : Apabila Pengasas Fauzul Na’im Sdn Bhd Menulis
AkademiPenulis.com, Jenama Pembangunan Penulis Paling Komprehensif
AkademiPenulis.Com bermula hanya sebagai sebuah blog peribadi berkembang kepada pusat latihan penulisan. Ia adalah jenama bagi produk pembangunan penulisan di bawah Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Misi utama Akademi Penulis.com adalah untuk memberikan info dan ilmu kepengarangan yang terkini dan kontemporari. Para perunding latihan Akademi Penulis.Com adalah dari para pakar dalam bidang penerbitan dan penulisan yang berpengalaman bertahun-tahun dalam industri.
Program di bawah AkademiPenulis.Com diletakkan atas nama PENULIS SUPER yang meliputi dua fasa iaitu :
- Seminar Jana Wang Dengan Menulis
- Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
Antara pelanggan AkademiPenulis.Com adalah :
- Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
- Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
- Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Bentong, Pahang
Maklumat lanjut mengenai program anjuran AkademiPenulis.Com boleh dilayari di www.akademipenulis.com (klik di sini)
e-Kedai.net, Jenama Kedai Buku Online Top 10 Enjin Carian
e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda sudah beroperasi melebihi empat tahun. Ia adalah jenama di bawah perkhidmatan jualan dan pengedaran Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Sebelum ini ia beroperasi di bawah pengurusan Book Pro Sales & Distributors sehingga bulan Disember 2008. Idea pembinaan e-Kedai.net ini bermula pada tahun 2003 apabila mengenang bulan demi bulan membayar bil internet tanpa sebarang pulangan kepada diri sendiri. Saya sendiri adalah penerbit buku dan apabila difikirkan balik ini adalah ruangan terbaik untuk memulakan bisnes dari rumah. Ia mula dilaksanakan menjelang tahun 2004 apabila saya bertemu dengan salah sebuah syarikat pembangun laman web dan satu persetujuan dibuat bagi membangunkan e-Kedai.net
Dalam proses itu, e-Kedai.net sudah diubah suai 3 kali dan ini adalah reka bentuk yang ketiga. Pada mulanya ia diuruskan oleh MIFF Edar, sebuah perniagaan keluarga dan kemudiannya diserahkan kepada Book Pro Sales & Distributors.
Fauzul Na’im Sdn. Bhd. mengambil alih pengurusan selepas penggabungan kesemua anak syarikat Kumpulan Book Pro di bawah pentadbirannya. e-Kedai.net menjadi pusat sehenti pembelian buku Malaysia. Ia menduduki top 10 enjin carian terkenal Google & Yahoo bagi kata kunci penting seperti buku, kedai buku dan buku online.
Sehingga sekarang ia menjadi pusat jualan online bagi produk buku penerbit-penerbit terkenal Malaysia antaranya ;
- PTS Publications Sdn. Bhd.
- Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
- Telaga Biru Sdn. Bhd.
- Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
- Alaf 21 Sdn. Bhd.
- Jemari Seni
- dan banyak lagi.
Maklumat lanjut mengenai e-Kedai.net boleh dilayari di www.e-kedai.net (klik di sini)
PenerbitBuku.Com, Jenama Perkhidmatan Penerbitan Paling Komprehensif
PenerbitBuku.com adalah jenama bagi perkhidmatan penerbitan di bawah Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Penerbit Buku.Com beroperasi melalui laman web www.penerbitbuku.com. PenerbitBuku.Com menyediakan perkhidmatan penerbitan paling lengkap melalui web. Ia adalah idea yang keluar apabila melihat buku-buku yang diterbitkan di dalam pasaran oleh para penerbit persendirian. Mereka ini menerbitkannya dengan tidak menjaga kualiti dari sudut penghasilan terutamanya suntingan, reka bentuk kulit buku, susun atur huruf, percetakan dan penjilidan. Buku yang diterbitkan juga tidak mempunyai CIP dan ISBN. Ini menjadikan buku tersebut turun tarafnya. Atas dasar itu, PenerbitBuku.Com ini diwujudkan. Ia bagi memberikan khidmat nasihat kepada para penerbit buku persendirian agar menerbitkan buku bertaraf nasional.
Perkhidmatan yang disediakan adalah :
- Penyuntingan
- Susun Atur Huruf (layout)
- Terjemahan
- Reka Bentuk Kulit Buku
- Penjilidan
- Percetakan
- Khidmat Nasihat Penerbitan
Ia sudah beroperasi sejak tahun 2007. Antara pelanggan PenerbitBuku.Com adalah ;
- Universiti Malaya
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- ZI Publications Sdn. Bhd.
Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PenerbitBuku.Com boleh dilayari di www.penerbitbuku.com (klik di sini)
Projek Terbaru : Program Latihan Penulisan Institut Aminuddin Baki
Pihak pengurusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) melalui AkademiPenulis.Com baru sahaja dihubungi oleh pihak Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Bentong, Pahang. Mereka melantik FNSB sebagai perunding dan jurulatih bagi program latihan penulisan di tempat mereka. Program ini disasarkan untuk para pensyarah di Institut Aminuddin Baki dan para pegawai Kementerian pelajaran Malaysia.
Tarikh-tarikh sudah ditetapkan oleh mereka dan ia bermula pada bulan Mac 2008. Ini adalah satu permulaan yang baik bagi tahun 2009. Pengiktirafan perkhidmatan FNSB oleh sebuah organisasi kerajaan yang melatih para guru dan pendidik seluruh Malaysia.
Jadual yang ditetapkan adalah seperti di bawah
|
BIL |
KOD |
KURSUS |
TEMPOH |
TEMPAT |
|
1 |
IABI099A01 |
KURSUS PENULISAN BERITA DAN RENCANA |
30 MAC – 2 APRIL 2009 |
IAB GENTING HIGHLANDS |
|
2 |
IABI099A02 |
KURSUS PEMINDAHAN HASIL PENYELIDIKAN KEPADA PENULISAN ILMIAH |
27 – 29 APRIL 2009 |
IAB GENTING HIGHLANDS |
|
3 |
IABI099A03 |
KURSUS REKAAN GRAFIK BUKU DAN PENERBITAN ILMIAH |
29 JUN – 1 JULAI 2009 |
IAB GENTING HIGHLANDS |
|
4 |
IABI099A04 |
KURSUS ASAS PENULISAN ILMIAH |
22-24 JULAI 2009 |
IAB GENTING HIGHLANDS |
|
5 |
IABI099A05 |
KURSUS KEMAHIRAN PENYUNTINGAN BAHAN ILMIAH |
27 – 29 JULAI 2009 |
IAB GENTING HIGHLANDS |



