Isu Harga Buku Atau Isu Lain?

August 9, 2008

Semalam saya menghadiri jemputan ke majlis perasmian Pesta Buku Malaysia. Buat pengetahuan semua, Pesta Buku Malaysia bukan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia dianjurkan oleh dua entiti berbeza walaupun pengurus acaranya sama. Pesta Buku Malaysia dikatakan oleh pihak penganjur sebagai menggantikan Festival Buku Malaysia yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Walaupun apabila ditanya kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia, mereka masih seumpama berdolak dalik mengakuinya.

Read more

Dari AkademiPenulis.Com Kepada MentorPenulis.Com

August 9, 2008

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa laman web saya diubah kepada MentorPenulis.Com dan bukan AkademiPenulis.Com. MentorPenulis.Com diwujudkan bagi menggantikan AkademiPenulis.Com yang dipohon domainnya oleh sebuah entiti dunia penulisan yang bakal menggegar dunia penulisan dan penerbitan buku.

Siapa mereka? Itu masih lagi rahsia. Berdasarkan perbincangan saya dengan pengasasnya, mereka tidak mahu mendedahkan apa-apa lagi dalam masa terdekat. Apa yang boleh dikatakan ia memang berkaitan dengan penulis dan penerbit. Saya pun tak sabar untuk mengetahuinya.

Berapa mereka berikan kepada saya? Apabila menyebut mengenai dunia penulisan dan penerbitan, ia sudah menjadi darah daging saya dalam dunia penerbitan buku. Jadi saya berikan secara percuma saja.

Bilakah AkademiPenulis.Com akan dinaikkan oleh mereka? Mengikut maklumat yang dikongsikan dengan saya, mereka akan melancarkan laman web tersebut pada oktober 2008. Jadi mereka pohon semua bersabar.

Itu saja yang boleh saya kongsikan mengenai perubahan terbaru ini. Nantikan apa yang bakal terjadi kepada akademipenulis.com. Saya pun sedih untuk melepaskan domain yang sudah saya pegang melebihi setahun itu. Namun begitu demi kebaikan semua, saya lepaskan juga.

Nota : Ini adalah artikel saya di MentorPenulis.Com mengenai pengalihan AkademiPenulis.Com kepada entiti bisnes lain.

Catatan Perjalanan Jogjakarta : Hari Pertama

June 29, 2008

Jogjakarta adalah salah satu tempat di Indonesia yang sering saya dengar tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Dikatakan Jogjakarta adalah sebuah bandaraya pendidikan. Terdapat sejumlah universiti besar di sana. Antara yang mungkin ramai kenali adalah Universiti Gadja Mada dan UIN Sunan Kali Jaga.

Bertolak

Saya bertolak ke lapangan terbang dari Bentong tepat jam 11 pagi. Dengan diiringi isteri, anak-anak, mama dan ayah saya menghantarkan saya ke Terminal Tambang Murah KLIA (LCCT), Sepang. Singgah sebentar ke pejabat Wangsa Melawati bagi mengambil buku-buku naskhah contoh berserta katalog buku yang disediakan oleh saudara Ikram, Editor Kanan PTS Millennia Sdn Bhd bagi dibawa ke Jogjakarta.

Read more

Jogjakarta yang Menakjubkan

June 27, 2008

Hari ini adalah hari pertama saya berada sepenuhnya di pejabat selepas pulang ke Malaysia dari Jogjakarta. Kami tiba di Malaysia pada 25 Jun (Rabu). Cuma semalam adalah hari yang menyibukkan. Tidak sempat melepaskan lelah sudah ada banyak acara yang perlu dihadiri. Sesi appraisal penilaian prestasi untuk pengurusan acara penting di waktu pagi. Penilaian gerak kerja setahun dari April 2007 hingga April 2008 menjadi perkara pertama harus dihadapi semalam.

Petangnya saya perlu menghadiri acara pelancaran promosi Pesta Buku Selangor 2008. Saya sebagai pengerusi JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Selangor 2008 diminta menyampaikan taklimat promosi kepada semua pempamer terlibat. Acara perasmian disempurnakan oleh Y.B Dr. Halimah, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor. Memang mencabar betul minggu ini.

Read more

Pandangan Berbeza Yang Membuka Minda

June 22, 2008

Tempoh hari saya berpeluang bertemu dan berbincang dengan beberapa pemilik syarikat penerbitan. Satu penerbit novel, penerbit buku umum (kedua-duanya dari Malaysia) dan satu penerbit komersil Indonesia. Perbincangan kami menjurus pada persoalan kenaikan harga minyak. Apakah pandangan mereka dan bagaimanakah cara menghadapinya? Daripada perbincangan tersebut, wujud dua pandangan yang berbeza dan membuka minda.

Penerbit novel melihat daripada perspektif kesan kepada barangan pengguna. Buat pengetahuan semua, buku di Malaysia masih dianggap sebagai barangan pelengkap dan bukannya komoditi. Barangan pelengkap atau sokongan ini selalu diletakkan dalam senarai pertama bagi dipotong dalam bajet bulanan. Ia berbeza dengan Indonesia. Buku sudah menjadi barangan komoditi.

Read more

Dunia Buku Yang Terkesan

June 22, 2008

Hari ini adalah hari pertama dalam bulan Jun 2008 saya menitipkan tulisan dalam laman web ini. Bukan kerana terlupa, bukan kerana tak mahu tetapi banyak perkara berlaku dalam beberapa lama ini. Sebaik sahaja Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, banyak benar gerak kerja perlu dilakukan. Apabila membuka telefon bimbit HTC TyTNII saya di ruangan kalendar, boleh kata setiap hari bertanda merah. Ada sahaja temujanji-temujanji yang perlu dipenuhi.

Di samping itu juga saya mendapat beberapa tanggungjawab dan tugas baru. Dilantik sebagai pengadil MSCMalaysia IPCC dan Pengerusi Promosi & Pesta Buku Selangor 2008. Perlu melihat dan merancang produk baru bagi menghadapi keadaan ekonomi meleset yang dijangka datang akibat perbuatan pemerintah menaikkan segala harga (minyak, beras, makanan dan banyak lagi).

Semalam satu lagi cabaran apabila isteri didapati menghadapi keadaan kritikal kehamilan luar rahim. Walaubagaimanapun Alhamdulillah beliau sudah dibedah dan sekarang stabil. Terima kasih kepada Dato’ Dr. Ashar di Ampang Puteri Specialist Centre dan para pakar di HUKM yang mengendalikan pembedahan. Jasa anda semua amat saya hargai.

Dunia Buku Yang Mendesak

Semalam saya bersama dengan En. Arief berbincang mengenai apa yang bakal berlaku dalam dunia buku semasa di HUKM. Banyak benda yang diramal berlaku. Antara yang paling teruk dijangka akan berlaku inflasi.

Sebelum ini semasa dua kenaikan harga minyak yang lalu memberikan kesan berbeza. Kesan kenaikan pertama menyebabkan 2 minggu orang tidak masuk kedai, kenaikan kedua 3 bulan. Kenaikan kali ini tidak tahulah berapa lama kesannya. Laporan jualan yang terbaru banyak kedai buku besar di pusat membeli belah utama mengadu kurang pelanggan.

Walaubagaimanapun, laporan di daerah-daerah luar bandar jualannya lebih baik. Berlaku kenaikan jualan di sana. Ini adalah satu cahaya cerah dalam kegelapan. Alhamdulillah. Harapan agar dunia buku tetap berkembang dalam keadaan ekonomi merosot ini. Amiin

Saya Dilantik Sebagai Hakim MSC Malaysia IP Creators Challenge Series

May 28, 2008

banner.jpg

Semalam saya dijemput untuk menghadiri pelancaran MSC Malaysia IP Creators Challenge Series (IPCC). IPCC adalah satu pertandingan anjuran Multimedia Development Corporation (MDEC) bagi menggalakkan penghasilan pelbagai medium pengisian kreatif.

Pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

  • Permainan Komputer
  • Animasi
  • Komik Digital Interaktif
  • Pengisian Pendidikan Ria Mudah Alih (Mobile)

Setiap kategori memilih beberapa peserta bagi memenangi geran pembangunan yang cukup besar. Keseluruhan geran yang ditawarkan bernilai RM 850,000 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Lima Puluh Ribu). Banyak!! Memang banyak!! Besar!! Memang besar!!

Bagi kategori komik digital interaktif, seramai 10 peserta yang dipilih bagi memenangi geran sebanyak RM20,000 setiap satu. Saya dilantik sebagai salah seorang daripada hakim bagi kategori ini. Hakim-hakim lain yang dilantik adalah En. Jaafar Taib (Pengarah Urusan Creative Entreprise), Ayor (Editor GempakStarz) dan Haji Che Mazlan (Pengarah Urusan Al-Ameen Eduserve).

Bagi maklumat lanjut mengenai perkara ini bolehlah kunjungi laman MDEC di www.mscmalaysia.my.

Perhatian : Hakim tidak boleh dirasuah

Forum di FauzulNaim.Com, AkademiPenulis.Com & SkripHidup.Com digabungkan

May 12, 2008

Bagi mereka yang pernah melawat laman web ini tentu pernah memasuki ruang forum yang disediakan. Pihak pengurusan laman web sudah membuat keputusan bahawa forum bagi AkademiPenulis.com dan SkripHidup.com di satukan dengan forum FauzulNaim.Com. Boleh lawati di www.fauzulnaim.com/forum.

Ini bagi memudahkan para perunding MQ Human Development menjawab semua persoalan di dalam satu forum. Di samping itu juga semua pelawat mendapat manfaat yang lebih dengan meneliti perbincangan daripada ketiga-tiga laman web ini.

Pihak kami amat mengalu-alukan kepada para pelawat ketiga-tiga laman web ini bagi menggunakan ruangan forum ini untuk berdiskusi dan berbincang. Sebarang persoalan yang dilontarkan akan cuba dijawab oleh para perunding kami.

Selamat berforum dan selamat  berdiskusi. Terima kasih.

Idea Ada Di Mana-mana

May 7, 2008

Susah betul untuk mencari ruang dan peluang untuk menitipkan tinta di laman ini sekarang. Hendak kata sibuk sangat pun tidak boleh dijadikan alasan kerana hanya orang yang sibuk sahaja ada masa. Walaubagaimanapun itulah realiti hidup, manusia yang baik adalah orang yang hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan hari semalam lebih baik daripada hari ini. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan dan keberkatannya kepada kita semua.

Semalam ketika menunggu seorang pakar perubatan dari USM Kubang Kerian yang berminat hendak menulis. Di KL Sentral saya terserempak dengan seorang pengarang yang cukup prolifik. Pengarang novel, skrip drama, skrip filem dan sitkom, saudara Meor Shariman. Beliau ini pada pandangan saya sukar berjumpa pengarang yang berbakat dalam banyak medium penulisan seperti beliau.

Saya bertanya dengan beliau dari mana beliau mendapat pelbagai jenis idea yang pada pandangan saya agak mencapah. Sekejap tema cinta, tema sains fiksyen, melankolik dan sebagainya.

Idea datang dan ada di mana-mana kata beliau. Beliau mendapatkan idea daripada buku dan persekitaran. Pada pandangan beliau idea cukup mudah diperoleh, cuma bagaimana hendak mengalirkan idea itu ke atas tinta yang agak sukar jika tidak kena cara.

Antara maklumat menarik saya peroleh semalam adalah kadar bayaran yang diterima oleh seorang penulis skrip drama dan filem. Berdasarkan maklumat daripada beliau, penulis skrip drama lebih banyak peroleh pendapatan yang lebih baik jika dibandingkan dengan filem. Pendapatan seorang penulis skrip drama adalah daripada RM500 hingga RM 1,500 bagi setiap episod drama 1 jam. Jika episodnya hingga 36 didarabkanlah dengan 36. Wah! Satu pendapatan yang cukup baik.

Beliau sendiri sudah menghasilkan lebih daripada 6 skrip drama dan antara yang paling berjaya adalah Sembilu (skrip drama adaptasi filem Sembilu).Siapa kata penulis tidak boleh buat duit.

Hentikan Menfitnah Dunia Buku!!!

April 24, 2008

Semalam 23 hb. April 2008 adalah HARI BUKU SEDUNIA. Hari yang diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada dunia pembacaan dan penerbitan buku.

Pada tahun-tahun sebelum ini, pada tarikh inilah dilaksanakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun begitu pada tahun ini disebabkan perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan, tarikhnya terpaksa dianjakkan lebih awal.

Semalam sepanjang jalan daripada Bentong ke Kuala Lumpur yang merupakan rutin saya bersama isteri setiap hari. Saya mendengar celoteh pemudahcara (anchor) Radio 24 bercerita mengenai dunia buku dan hari buku. Yang saya agak kecewa fakta pembaca Malaysia yang sama diperdengarkan, 2 buku setahun. Ini lebih baiklah daripada 2 helai muka surat sebelum ini.

Read more

Next Page »