e-Kedai.net sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2004. Pada mulanya ia diuruskan oleh MIFF Edar. Perniagaan pertama keluarga Tuan Fauzul Na’im Ishak. Ia berpindah tangan daripada satu syarikat kepada syarikat lain. Daripada MIFF Edar kepada Book Pro Sales & Distributors, kemudian kepada syarikat induk Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Akhirnya selepas beberapa lama begini, pihak pengurusan membuat rombakan terakhir.
The Next Store ditubuhkan pada September 2009. Ia adalah anak syarikat FNSB yang ditubuhkan khusus untuk mengendalikan kesemua perniagaan online milik FNSB. e-Kedai.net adalah salah satu daripadanya. Dalam masa terdekat ada sebuah lagi yang bakal diwujudkan khusus buat kaum wanita.
Nantikan kehadirannya dalam masa terdekat.
Artikel Lain Dalam Kategori Istimewa
- KEKOSONGAN JAWATAN : Eksekutif Pentadbiran (Akaun) - July 13th, 2009
- Akademi Penulis : Dahulu Virtual Sekarang Sdn. Bhd. - April 7th, 2009
- Fauzul Na'im Sdn. Bhd. Berpindah Ke Pejabat Baru di Wangsa Melawati - April 7th, 2009
- FNSB Dilantik Menjadi Perunding Latihan Penulisan & Penerbitan Laporan Tahunan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, KPT - February 12th, 2009
- Fauzul Na'im Sdn. Bhd. Dilantik Sebagai Perunding Latihan Penulis & Penerbitan Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia - January 31st, 2009
