Pihak FN Group dengan berbesar hati mengumumkan pelantikan Puan Nurulhilyati Abdul Halim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FN yang baru. Puan Nurulhilyati adalah graduan Universiti Sains Malaysia dalam bidang penyelidikan operasi. Beliau berkecimpung dalam bidang penerbitan pada tahun 2002 di PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. dan dilatih secara terus oleh pengasas Kumpulan PTS Puan Ainon Mohd.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai editor pengurusan di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.. Kemudian diberikan kepercayaan menjadi pengarah pertama Akademi Latihan Penerbitan PTS. Bermula 1 April 2010 beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FN. Beliau masih menjadi perunding editorial untuk Kumpulan PTS. Selamat bertugas kepada beliau.
