Pihak pengurusan FN Group melakukan penstrukturan baru syarikat. Sebelum ini fungsi setiap anak syarikat sudah ditetapkan yang Fauzul Na’im Sdn. Bhd. menguruskan perkhidmatan penerbitan dan pengedaran online, Book Pro Publishing Services menguruskan kesemua projek berkaitan badan kerajaan dan Akademi Penulis Sdn. Bhd. menfokus kepada latihan.
Bermula 1 Oktober 2009, organisasi Kumpulan FN dirombak semula. Fauzul Na’im Sdn. Bhd. ditukar fungsinya kepada syarikat induk yang menguruskan pentadbiran akaun, sumber manusia dan pentadbiran rutin harian. Book Pro Publishing Services menguruskan kesemua gerak kerja perkhidmatan penerbitan dan Akademi Penulis Sdn. Bhd. kekal sebagai syarikat latihan penulisan. Fungsi perniagaan online diubah kepada sebuah anak syarikat baru iaitu The Next Store.
The Next Store mengambil alih pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda dan bakal melancarkan web perniagaan baru dalam masa terdekat.
Artikel Lain Dalam Kategori Perkhidmatan Kami
- Eksekutif Pentadbiran (Kewangan): Nur Hidayatul Ayu Ahmad - April 11th, 2010
- Eksekutif Pentadbiran (Latihan): Husnidatul Nur Hussain - April 11th, 2010
- Timbalan Pengurus (Latihan): Abdul Qahhar Mohd Noor - April 11th, 2010
- Ketua Pegawai Eksekutif: Nurulhilyati Abdul Halim - April 11th, 2010
- Pengasas: Fauzul Na'im Ishak - April 11th, 2010
