PenerbitBuku.Com, Jenama Perkhidmatan Penerbitan Paling Komprehensif

PenerbitBuku.com adalah jenama bagi perkhidmatan penerbitan di bawah Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Penerbit Buku.Com beroperasi melalui laman web www.penerbitbuku.com. PenerbitBuku.Com menyediakan perkhidmatan penerbitan paling lengkap melalui web. Ia adalah idea yang keluar apabila melihat buku-buku yang diterbitkan di dalam pasaran oleh para penerbit persendirian. Mereka ini menerbitkannya dengan tidak menjaga kualiti dari sudut penghasilan terutamanya suntingan, reka bentuk kulit buku, susun atur huruf, percetakan dan penjilidan. Buku yang diterbitkan juga tidak mempunyai CIP dan ISBN. Ini menjadikan buku tersebut turun tarafnya. Atas dasar itu, PenerbitBuku.Com ini diwujudkan. Ia bagi memberikan khidmat nasihat kepada para penerbit buku persendirian agar menerbitkan buku bertaraf nasional.

penerbitbuku1

Perkhidmatan yang disediakan adalah :

  1. Penyuntingan
  2. Susun Atur Huruf (layout)
  3. Terjemahan
  4. Reka Bentuk Kulit Buku
  5. Penjilidan
  6. Percetakan
  7. Khidmat Nasihat Penerbitan

Ia sudah beroperasi sejak tahun 2007. Antara pelanggan PenerbitBuku.Com adalah ;

  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • ZI Publications Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PenerbitBuku.Com boleh dilayari di www.penerbitbuku.com (klik di sini)

About Fauzul Naim Ishak
Pengarah Urusan

Speak Your Mind

*