Abdul Qahhar Mohd. Noor adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan minor Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya. Seorang yang bergiat aktif dalam kegiatan kemahasiswaan. Terlibat dalam beberapa organisasi mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS). Turut aktif dalam bidang latihan dan pembangunan pelajar di sekolah rendah dan menengah.
Sekarang diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengurus (Latihan) yang mengurus Akademi Penulis Sdn. Bhd., anak syarikat Fauzul Na’im Sdn. Bhd.
