• Home
  • Profil
  • Organisasi
    • Pengasas: Fauzul Na’im Ishak
    • Ketua Pegawai Eksekutif: Nurulhilyati Abdul Halim
    • Timbalan Pengurus (Latihan): Abdul Qahhar Mohd Noor
    • Eksekutif Pentadbiran (Latihan): Husnidatul Nur Hussain
    • Eksekutif Pentadbiran (Kewangan): Nur Hidayatul Ayu Ahmad
  • Karier@FNSB
  • Hubungi
  • September 6, 2010

Fauzul Na'im Sdn Bhd

Jenama Kami Bermaksud Kualiti

  • Dari Pejabat FNSB
  • Istimewa
  • Jenama
  • Kalendar Aktiviti
  • Perkhidmatan Kami
    • Jualan & Pengedaran
    • Latihan & Perundingan
    • Perkhidmatan Penerbitan
  • Portfolio
You are here: Home / Organisasi / Pengasas: Fauzul Na’im Ishak

Pengasas: Fauzul Na’im Ishak

Fauzul Na’im Ishak memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2000. Pada ketika itu beliau masih menuntut dalam sarjana muda kejuruteraan Universiti Malaya. Beliau di’jemput’ masuk oleh Puan Ainon Mohd. bagi menyertai ahli keluarga syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS P&D). PTS P&D pada ketika itu berada di dalam tahun pertama operasinya. Keadaan syarikat yang masih baru dengan pelbagai kesukaran yang berlaku menjadikan Fauzul mempelajari pelbagai perkara dan selok belok penerbitan buku.

Fauzul Na'im Ishak, Pengasas FNSB

Beliau bermula dengan jawatan sebagai Editor Perolehan yang bertanggungjawab membina judul buku dan membangunkan senarai penulis buat PTS P&D. Kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan di mana beliau berjaya membina rangkaian penulis bermula di sebelah utara semenanjung Malaysia. Kawasan utama yang dijelajahinya adalah Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Pelbagai program pembangunan penulis dibuat di sana termasuklah bengkel penulisan, pertemuan kumpulan penulis dan one to one dengan penulis.

Modul pembangunan penulis mula dibina hasil garapan idea Puan Ainon Mohd dan beliau. Modul latihan tersebut dibangun dan dikembangkan serta digunakan hingga sekarang. Daripada usaha itu, pelbagai tajuk diperoleh dan PTS P&D mula mengorak langkah sebagai penerbit yang dikenali di IPTA utara.

Di samping itu juga beliau memangku jawatan sebagai eksekutif jualan dan pemasaran wilayah utara disebabkan kekurangan kakitangan di PTS P&D. Hasil daripada itu Fauzul mendalami segala selok belok jualan dan pemasaran buku. Beliau mempunyai pengalaman pahit manis sepanjang mengendalikan jualan di sana. Terutamanya sebab PTS P&D masih baru.

Hasil usaha padu daripada semua ahli keluarga PTS P&D, syarikat berkembang pesat dan pada tahun 2002, Fauzul dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Penerbitan PTS P&D. Bermula daripada saat itu beliau mula membina sistem editorial PTS P&D. Pembinaan dan pengaplikasian Standard of Operating Procedur (SOP) menjadi asas kepada sistem editorial tersebut. Ia bertujuan memastikan kelancaran pengurusan penerbitan buku daripada terima manuskrip hinggalah buku siap masuk ke dalam stor. Sistem tersebut dibina dan dikembangkan daripada tahun ke tahun hinggalah menjadi sistem standard Kumpulan Syarikat PTS sekarang ini.

Pada tahun 2005, PTS Consultant Sdn Bhd syarikat induk PTS P&D selepas lawatan En. Fauzul dan En. Arief ke Indonesian Book Fair, Jakarta membuat keputusan merombak struktur syarikat. Fungsi penerbitan PTS P&D dikeluarkan dan hanya mengekalkan fungsi pengedaran buku sahaja. Fungsi tersebut diserahkan kepada 3 anak syarikat yang baru ditubuhkan iaitu PTS Millennia Sdn Bhd, PTS Professional Publishing Sdn Bhd dan PTS One Sdn Bhd. En Fauzul diberikan tanggungjawab sebagai pengarah eksekutif dan pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd.

Hasil daripada pengalaman sejak tahun 2000, beliau berjaya melahir dan membina pelbagai judul buku daripada pelbagai latar belakang penulis. Daripada latar belakang akademik hinggalah kepada popular. Daripada kurang terkenal kepada yang terkenal. Antara penulis besar yang berkarya di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zawawi Mat Yusoh, Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr. Robiah K. Hamzah. Judul-judul bestseller di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah 55 Petua Orang Berjaya, Tip Menjadi Individu Menarik, 7 Formula Individu Cemerlang dan banyak lagi.

Sekarang beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS. Beliau diberikan tanggungjawab mengurus dan mentadbir 6 anak syarikat Kumpulan PTS iaitu PTS Millennia Sdn. Bhd., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., PTS Islamika Sdn. Bhd., PTS One Sdn. Bhd., PTS Litera Utama Sdn. Bhd. dan PTS Fortuna Sdn. Bhd.

Beliau juga sering dijemput memberikan bengkel di institusi pengajian tinggi, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Antara badan yang pernah menjemput beliau mengendalikan bengkel penulisan adalah :

  • Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Universiti Sains Malaysia Kejuruteraan Transkrian
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
  • Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
  • Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat
  • Universiti Sains Malaysia Cawangan Kubang Kerian, Kelantan
  • Maktab Perguruan Bukit Mertajam
  • Kolej IKRAM
  • Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
  • Angkatan Belia Islam Malaysia
  • Persatuan Penulis Kelantan
  • dan banyak lagi

Beliau terlibat secara langsung dalam penubuhan Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) . Memegang jawatan sebagai ketua Biro Penerbitan & Teknologi Maklumat TAMRIN.

Mengasaskan penubuhan Fauzul Na’im Sdn. Bhd (FN Group) yang mempunyai 3 anak syarikat iaitu Akademi Penulis Sdn. Bhd., Book Pro Publishing Services dan The Next Store.



Categories

Recent Posts

  • Peranan The Next Store Diperbesar
  • Puan Nurulhilyati: CEO Baru Kumpulan FN
  • Penstrukturan Baru Kumpulan FN
  • The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net
  • KEKOSONGAN JAWATAN : Eksekutif Pentadbiran (Akaun)

Archives

  • April 2010
  • October 2009
  • July 2009
  • April 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Return to top of page

Copyright © 2010 · Delicious Theme on Genesis Theme Framework by StudioPress · WordPress · Log in