• Home
  • Profil
  • Organisasi
    • Pengasas: Fauzul Na’im Ishak
    • Ketua Pegawai Eksekutif: Nurulhilyati Abdul Halim
    • Timbalan Pengurus (Latihan): Abdul Qahhar Mohd Noor
    • Eksekutif Pentadbiran (Latihan): Husnidatul Nur Hussain
    • Eksekutif Pentadbiran (Kewangan): Nur Hidayatul Ayu Ahmad
  • Karier@FNSB
  • Hubungi
  • September 6, 2010

Fauzul Na'im Sdn Bhd

Jenama Kami Bermaksud Kualiti

  • Dari Pejabat FNSB
  • Istimewa
  • Jenama
  • Kalendar Aktiviti
  • Perkhidmatan Kami
    • Jualan & Pengedaran
    • Latihan & Perundingan
    • Perkhidmatan Penerbitan
  • Portfolio
You are here: Home / Organisasi / Ketua Pegawai Eksekutif: Nurulhilyati Abdul Halim

Ketua Pegawai Eksekutif: Nurulhilyati Abdul Halim

Nurulhilyati Abdul Halim dilahirkan pada 1 Ogos 1979 di Bukit Apeng, Kedah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah Bujang, Bedong, Kedah dari tahun 1986-1991. Melanjutkan pelajaran menegah di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah sehingga tingkatan 3.

Nurulhilyati Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fauzul Na'im Sdn. Bhd.

Dengan berbekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum, beliau ditawarkan menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan. Pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Persatuan Puteri Islam dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya. Bergiat aktif dalam Kelab Kembara Sekolah dan juga mewakili sekolah dalam bidang sukan dan olahraga.

Ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi (program ekspres) dalam bidang Sains kimia dan biologi. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Gunaan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2002. Bergiat aktif dalam Kelab Remaja JIM (KARISMA), PKPIM dan Persatuan Silat Cekak Malaysia.

Memulakan kerjaya dalam bidang penerbitan bersama PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. sebagai editor pada April 2002. Mendapat latihan suntingan secara langsung daripada Puan Ainon Mohd. iaitu pakar dalam komunikasi dan bahasa. Turut mengadakan training bagi melatih editor-editor baru di PTS.

Pada penghujung tahun 2003, diberi tanggungjawab sebagai koordinator editorial bagi memantau hal ehwal gerak kerja editor. Mula menjadi Editor Pengurusan di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. pada tahun 2005 hingga 2009. Turut serta membantu team PTS mengendalikan bengkel-bengkel penulisan di seluruh negara. Pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang editorial menyebabkan pihak pengurusan melantik beliau menerajui Akademi Latihan Penerbitan PTS pada tahun 2009 sebagai Pengarah Pertama.

Namun begitu atas rasa tanggungjawab kepada syarikat milik keluarga beliau membuat keputusan meletakkan jawatan di PTS pada tahun 2010. Sekarang beliau adalah  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FN yang beliau asaskan bersama dengan suami beliau Tuan Fauzul Na’im Ishak. Beliau menguruskan 3 anak syarikat iaitu Akademi Penulis Sdn. Bhd., Book Pro Publishing Services dan The Next Store.

Categories

Recent Posts

  • Peranan The Next Store Diperbesar
  • Puan Nurulhilyati: CEO Baru Kumpulan FN
  • Penstrukturan Baru Kumpulan FN
  • The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net
  • KEKOSONGAN JAWATAN : Eksekutif Pentadbiran (Akaun)

Archives

  • April 2010
  • October 2009
  • July 2009
  • April 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Return to top of page

Copyright © 2010 · Delicious Theme on Genesis Theme Framework by StudioPress · WordPress · Log in