Husnidatul Nur Hussain, seorang individu berkelulusan dalam bidang penerbitan dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Berpengalaman menjadi editor di PTS Millennia Sdn. Bhd. sehingga 31 Januari 2009. Seorang yang mempunyai pengalaman dalam menyunting buku-buku bacaan umum bahasa Melayu dalam pelbagai bidang termasuk motivasi, akademik, Islam kontemporari. Mula menyertai pasukan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. pada 1 Februari 2009.
Sekarang beliau menjadi Eksekutif Pentadbiran (Latihan) yang menguruskan urus tadbir Akademi Penulis Sdn. anak syarikat Fauzul Na’im Sdn. Bhd.
