Anak Syarikat Kumpulan FN (Fauzul Na’im Sdn. Bhd.) mencari calon yang berkualiti untuk mengisi kekosongan jawatan di organisasi berikut :
a) BOOK PRO PUBLISHING SERVICES
Eksekutif Pemasaran (Penerbitan)
Bidang Tugas
- Mengurus dan mentadbir projek perkhidmatan penerbitan
- Mampu untuk membuat formula, merancang dan membuat implementasi strategi jualan yang kreatif bagi mewujudkan permintaan kepada perkhidmatan penerbitan.
- Memuktamadkan jualan dan membuat kutipan jualan.
- Memenuhi jangkaan dan sasaran jualan perkhidmatan penerbitan untuk Semenanjung Malaysia
- Menguruskan keperluan dan perkhidmatan pelanggan sedia ada dan baru
Kelayakan
- Memiliki minimum kelayakan Diploma dalam bidang penerbitan, pentadbiran perniagaan, pemasaran ataupun yang bersesuaian.(graduan baru digalakkan memohon)
- Mahir menggunakan internet, Microsoft Word dan Excel
- Calon yang mempunyai kenderaan mempunyai kelebihan
b) Akademi Penulis Sdn. Bhd.
Kerani Pentadbiran (Latihan)
Bidang Tugas
- Menguruskan proses pentadbiran dan pengurusan latihan penulisan
- Menguruskan khidmat pelanggan
- Membantu dan menguruskan proses surat-menyurat terutamanya edaran promosi latihan
Syarat
- Perempuan berumur antara 20 – 35 tahun (lelaki digalakkan memohon)
- memiliki minimum kelayakan sijil SPM
- memiliki kemahiran interpersonal yang baik
Kepada yang berminat boleh hantarkan resume kepada
Unit Sumber Manusia
Fauzul Na’im Sdn. Bhd.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Tel : 03 4149 2560
No. Faks : 03 4149 3560
Ataupun emailkan kepada group@fauzulnaim.com
Tarikh tutup permohonan pada 15 Januari 2010