Utama / Perkhidmatan Kami / Jenama Kami Bermaksud Kualiti
Selamat datang ke laman web rasmi FauzulNaim.Com. Pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran Tuan Puan ke laman ini. Di sini kami kongsi pelbagai info dan maklumat mengenai operasi syarikat kami. Fauzul Na’im Sdn. Bhd. memfokuskan bisnesnya kepada tiga kategori perkhidmatan iaitu latihan & perundingan, perkhidmatan penerbitan dan jualan & pengedaran.
Jenama-jenama Fauzul Na’im Sdn. Bhd. direka bagi memenuhi ketiga-tiga kategori perkhidmatan di atas. Jenama Kami Bermaksud Kualiti merupakan moto perkhidmatan kami. Ia melambangkan komitmen dalam menjamin kualiti kami memenuhi piawaian tertinggi.
Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) wujud daripada pengalaman bertahun-tahun dalam pasaran. FNSB dimulakan dengan penubuhan 3 perniagaan perkongsian iaitu Book Pro Publishing Services, B Pro Management & Training dan Book Pro Sales & Distributors yang menfokus kepada ketiga-tiga kategori perkhidmatan ada di FNSB kini.
Book Pro Publishing Services berjaya menjadi antara syarikat yang maju ke hadapan dalam perkhidmatan penerbitan. Ia dikenali di institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, di kalangan penerbit seperti ZI Publications Sdn. Bhd. dan juga individu. Perkembangan ini menjadikan Book Pro Publishing Services sebagai antara pemimpin industri ini.
B Pro Management & Training melalui AkademiPenulis.com diiktiraf oleh beberapa badan seperti Dewan Bahasa & Pustaka, Institut Aminuddin Baki, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim dan ramai lagi sebagai penyedia perundingan dan latihan penulisan. Banyak program dijayakan dan melahirkan ramai pengarang.
Book Pro Sales & Distributors melalui e-Kedai.net diiktiraf sebagai antara kedai buku online terbesar Malaysia. Rangkaian produk buku dari pelbagai penerbit seperti PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Al-Ameen Serve Holdings, Institut Terjemahan Negara Malaysia dan ramai lagi menjadikan ia pusat sehenti pembelian buku berkualiti.
Hasil kejayaan ketiga-tiga inilah menjadi titik tolak kepada penubuhan sebuah syarikat sendirian berhad yang mengambil alih tugas ketiga-tiga perniagaan tadi.
Sekarang Fauzul Na’im Sdn Bhd ditubuhkan pada Januari 2009 dengan gagasan baru untuk menjadi antara syarikat perunding penerbitan terulung negara. Melangkah dengan ahli pasukan berpengalaman dalam bidang penerbitan. Kami amat berharap untuk bekerjasama dengan Tuan Puan semua dalam bidang ini. Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkhidmatan kami boleh terus hubungi di talian Hotline kami 1-700-80-2776 ataupun e-mel kepada group@fauzulnaim.com ataupun terus ke ruangan Hubungi Kami di atas.
Layari laman ini bagi mendapat maklumat lanjut perkhidmatan kami yang diwujudkan khusus buat Tuan Puan pelanggan yang kami hormati.
JENAMA KAMI BERMAKSUD KUALITI
Yang benar,