Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) dengan berbesar hati mengumumkan bahawa FNSB dilantik sebagai perunding latihan penulisan bagi melatih 20 orang pegawai kanan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 20 pegawai kanan akan diberikan latihan penulisan laporan tahunan dan prospektus bagi tahun 2009 hingga 2010. 2 bengkel dijadualkan diadakan pada bulan Mac dan Jun tahun 2009.
Di samping itu juga FNSB dilantik sebagai perunding perkhidmatan penerbitan bagi mengendalikan penyunting dan penyusun atur huruf berserta percetakan bagi laporan tahunan dan prospektus jabatan selepas proses penulisannya selesai. Ini adalah kejayaan yang besar kepada perkembangan syarikat FNSB. Tahniah dan syabas kepada semua ahli keluarga FNSB atas kejayaan ini.
Artikel Lain Dalam Kategori Istimewa
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net - October 3rd, 2009
- KEKOSONGAN JAWATAN : Eksekutif Pentadbiran (Akaun) - July 13th, 2009
- Akademi Penulis : Dahulu Virtual Sekarang Sdn. Bhd. - April 7th, 2009
- Fauzul Na'im Sdn. Bhd. Berpindah Ke Pejabat Baru di Wangsa Melawati - April 7th, 2009
- Fauzul Na'im Sdn. Bhd. Dilantik Sebagai Perunding Latihan Penulis & Penerbitan Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia - January 31st, 2009