Utama / Istimewa / Latihan & Perundingan / Perkhidmatan Penerbitan / Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Dilantik Sebagai Perunding Latihan Penulis & Penerbitan Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia
Alhamdulillah, semalam pihak Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) mendapat satu lagi berita gembira. Pihak FNSB melalui syarikat bersekutunya Book Pro Publishing Services dilantik sebagai perunding latihan penulis dan penghasilan laporan tahunan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pihak FNSB akan mengadakan dua bengkel bagi melatih seramai 20 penulis yang terliba dalam penulisan laporan tahunan di samping memantau penulisannya dengan lebih dekat. Dua bengkel tersebut diputuskan akan diadakan berdasarkan maklumat berikut :
1) Bengkel Latihan Penulisan Ilmiah Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
2) Bengkel Intensif Penulisan Buku
Di samping itu juga pihak FNSB menjadi perunding perkhidmatan penerbitan bagi menjalankan proses suntingan dan susun atur huruf bagi projek ini. Tahniah kepada pasukan FNSB yang berjaya mendapatkan projek ini, semoga kejayaan sentiasa bersama kita.