Pihak Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) baru sahaja dilantik menjadi perunding dan jurulatih bagi projek penghasilan buku dokumentasi sejarah Bahagian Teknikal & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam mesyuarat bersama bahagian tersebut, pihak Fauzul Na’im Sdn. Bhd. diberikan tugas sebagai jurulatih untuk para penulis yang terbabit di dalam projek ini. Pihak FNSB akan mengadakan 2 bengkel intensif, pertama bagi memberikan input penulisan dan penerbitan buku dan kedua bengkel penulisan intensif buku.
Bengkel pertama akan diadakan di Hotel Gold Course, Klang, Selangor pada 19 hingga 22 Januari 2009 dan bengkel kedua (tempat masih belum diputuskan) pada 10 hingga 12 Februari 2009. Di samping itu juga pihak FNSB menjadi perunding bagi perkhidmatan penerbitan buku ini. Gerak kerja di bawah perkhimatan penerbitan melibatkan proses suntingan, susun atur huruf (layout), pruf, jilid, cetak hinggalah kepada penghantaran.
Projek ini disasarkan siap sepenuhnya pada 31 Mac 2009. Terima kasih pihak Bahagian Teknikal & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya pengarahnya Y.Bhg Dato Yusoff Harun di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak FNSB menguruskan projek ini.
Artikel Lain Dalam Kategori Istimewa
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net - October 3rd, 2009
- KEKOSONGAN JAWATAN : Eksekutif Pentadbiran (Akaun) - July 13th, 2009
- Akademi Penulis : Dahulu Virtual Sekarang Sdn. Bhd. - April 7th, 2009
- Fauzul Na'im Sdn. Bhd. Berpindah Ke Pejabat Baru di Wangsa Melawati - April 7th, 2009
- FNSB Dilantik Menjadi Perunding Latihan Penulisan & Penerbitan Laporan Tahunan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, KPT - February 12th, 2009