Jenama Kami Bermaksud Kualiti

Utama / Istimewa / Latihan & Perundingan / Akademi Penulis : Dahulu Virtual Sekarang Sdn. Bhd.

Akademi Penulis berasal daripada hanya sebuah blog peribadi. Angan-angan pengarangnya sahaja. Kemudian diubah fungsinya kepada sebuah Akademi Virtual, berkongsi maklumat penulisan dan penerbitan buku. Diselitkan dengan rangkaian aktiviti yang dianjurkan oleh pemiliknya. Sekarang satu lagi transisi ataupun lebih tepat REFORMASI. Akademi Penulisan bukan lagi sekadar virtual, sekarang sudah menjadi AKADEMI PENULIS SDN. BHD. (APSB) Bermula 3 Mac 2009, APSB dinaik taraf dengan ada pejabat dan staffnya sendiri.

APSB beroperasi sepenuhnya dengan di pejabat Kumpulan Fauzul Na’im (FN Group) di Wangsa Melawati. Pihak APSB merancang untuk mewujudkan sebuah bilik latihan atau lebih tepat Akademi Latihan menjelang tahun 2010. Sekarang APSB mengambil alih sepenuhnya segala aktiviti latihan daripada Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB). FNSB masih kekal sebagai sebuah penyedia perkhidmatan penerbitan dan edaran produk secara online.

Laman Web Akademi Penulis Sdn. Bhd. di http://www.akademipenulis.com

Laman Web Akademi Penulis Sdn. Bhd. di http://www.akademipenulis.com

APSB juga sudah mengumumkan penganjuran program PENULIS SUPER 2. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

  • Seminar Jana Wang dengan Menulis, 20 Jun 2009 di Hotel Vistana Kuala Lumpur
  • Bengkel Praktikal Penulis Bestseller, 18 & 19 Julai 2009 di Wisma DPI-Invergold, Kuala Lumpur

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta, boleh layari laman web rasmi PENULIS SUPER di http://www.janawangdenganmenulis.com.

Leave a Reply