The Next Store adalah anak syarikat Kumpulan FN yang baru ditubuhkan pada tahun 2010. Ia diwujudkan bagi mengurus dan mentadbir keseluruhan gerak kerja pengedaran secara online Kumpulan FN. Sebelum ini peranan ini diurus secara sementara oleh syarikat induk. Namun apabila melihat keperluan pengembangan fungsinya pihak pengurusan mengambil keputusan untuk mengalihkan keseluruhan fungsi pengedaran online ini kepada The Next Store.
Hingga hari ini pengedaran online yang dijalankan adalah edaran buku secara online melalui e-Kedai.net: Kedai Buku Online Anda. Namun begitu mulai April 2010, beberapa perancangan untuk membesarkan peranan The Next Store. Antara yang sedang dirancang adalah pembukaan ruangan pameran buku di pejabat urusan FNSB Wangsa Melawati. Ia dijangka akan beroperasi sepenuhnya Mei 2010 ini. Para pelanggan bukan sahaja boleh membeli secara online tetapi secara langsung apabila ia beroperasi nanti. Ada beberapa perancangan lain dalam proses proposal, pihak pengurusan akan mengemaskini maklumat ini daripada ke semasa. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi 0341492560.

