• Home
  • Profil
  • Organisasi
    • Pengasas: Fauzul Na’im Ishak
    • Ketua Pegawai Eksekutif: Nurulhilyati Abdul Halim
    • Timbalan Pengurus (Latihan): Abdul Qahhar Mohd Noor
    • Eksekutif Pentadbiran (Latihan): Husnidatul Nur Hussain
    • Eksekutif Pentadbiran (Kewangan): Nur Hidayatul Ayu Ahmad
  • Karier@FNSB
  • Hubungi
  • September 6, 2010

Fauzul Na'im Sdn Bhd

Jenama Kami Bermaksud Kualiti

  • Dari Pejabat FNSB
  • Istimewa
  • Jenama
  • Kalendar Aktiviti
  • Perkhidmatan Kami
    • Jualan & Pengedaran
    • Latihan & Perundingan
    • Perkhidmatan Penerbitan
  • Portfolio
You are here: Home / Archives for January 2009

Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Dilantik Sebagai Perunding Latihan Penulis & Penerbitan Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia

January 31, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment

Alhamdulillah, semalam pihak Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) mendapat satu lagi berita gembira. Pihak FNSB melalui syarikat bersekutunya Book Pro Publishing Services dilantik sebagai perunding latihan penulis dan penghasilan laporan tahunan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

sp32-20090201-084614

Portal Kementerian Kesihatan

Pihak FNSB akan mengadakan dua bengkel bagi melatih seramai 20 penulis yang terliba dalam penulisan laporan tahunan di samping memantau penulisannya dengan lebih dekat. Dua bengkel tersebut diputuskan akan diadakan berdasarkan maklumat berikut :

1) Bengkel Latihan Penulisan Ilmiah Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Tarikh : 19 dan 20 Februari 2009
  • Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat (Cadangan) : Palm Garden, Putrajaya

2) Bengkel Intensif Penulisan Buku

  • Tarikh : 25 hingga 28 Februari 2009
  • Tempat (Cadangan) : Janda Baik

Di samping itu juga pihak FNSB menjadi perunding perkhidmatan penerbitan bagi menjalankan proses suntingan dan susun atur huruf bagi projek ini. Tahniah kepada pasukan FNSB yang berjaya mendapatkan projek ini, semoga kejayaan sentiasa bersama kita.

Filed Under: Istimewa, Latihan & Perundingan, Perkhidmatan Penerbitan Tagged With: kkm, projek

SeronokBelajar.Com : Jenama Pembangunan Diri Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

January 11, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment

Saya dengan bangganya mengumumkan kemasukan En. Ahmad Fadzli Fauzi AKA Cikgu Bob sebagai perunding kanan dalam pasukan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Beliau pernah menjadi perunding dan jurulatih di Amalan Belajar Sdn. Bhd., syarikat perunding milik Dr. Shukri Abdullah. Sekarang beliau mengendalikan SeronokBelajar.Com (http://www.seronokbelajar.com) jenama terbaru pembangunan diri di Fauzul Naim Sdn. Bhd. Laman web ini akan mengubah cara pembelajaran dan pengajaran Malaysia.

seronokbelajar2

Ini adalah satu perkembangan yang cukup menarik untuk FNSB. Selamat datang Cikgu Bob ke pasukan kami.

Filed Under: Istimewa, Jenama

Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Dilantik Menjadi Perunding Projek Bahagian Teknikal & Vokasional KPM

January 10, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment

Pihak Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) baru sahaja dilantik menjadi perunding dan jurulatih bagi projek penghasilan buku dokumentasi sejarah Bahagian Teknikal & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam mesyuarat bersama bahagian tersebut, pihak Fauzul Na’im Sdn. Bhd. diberikan tugas sebagai jurulatih untuk para penulis yang terbabit di dalam projek ini. Pihak FNSB akan mengadakan 2 bengkel intensif, pertama bagi memberikan input penulisan dan penerbitan buku dan kedua bengkel penulisan intensif buku.

Bengkel pertama akan diadakan di Hotel Gold Course, Klang, Selangor pada 19 hingga 22 Januari 2009 dan bengkel kedua (tempat masih belum diputuskan) pada 10 hingga 12 Februari 2009. Di samping itu juga pihak FNSB menjadi perunding bagi perkhidmatan penerbitan buku ini. Gerak kerja di bawah perkhimatan penerbitan melibatkan proses suntingan, susun atur huruf (layout), pruf, jilid, cetak hinggalah kepada penghantaran.

Projek ini disasarkan siap sepenuhnya pada 31 Mac 2009. Terima kasih pihak Bahagian Teknikal & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya pengarahnya Y.Bhg Dato Yusoff Harun di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak FNSB menguruskan projek ini.

Filed Under: Istimewa, Perkhidmatan Penerbitan

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 21 & 22 Februari 2009

January 6, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment
February 21, 2009 8:00 AMtoFebruary 22, 2009 6:00 PM
February 21, 2009 8:00 AMtoFebruary 22, 2009 6:00 PM

Pihak AkademiPenulis.Com penyedia program latihan pembangunan penulis akan mengadakan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller. Ia adalah kesinambungan kepada Seminar Jana Wang Dengan Menulis. Program fasa kedua di bawah program PENULIS SUPER. Ia menfokuskan kepada bagaimana mempraktikkan segala teori dan ilmu dalam bengkel yang pertama. Pengisiannya juga menarik dan amali. Butiran lengkap adalah seperti berikut :

  • Tarikh 21 & 22 Februari 2009
  • Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat : Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan
  • Yuran Penyertaan : RM 650

Maklumat lanjut dan lengkap boleh diperoleh di laman web rasmi http://www.janawangdenganmenulis.com

Peta ke tempat program disertakan di bawah :

Filed Under: Kalendar Aktiviti

Fauzul Na’im TV Dilancarkan

January 4, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment

Saya dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran FNTV di www.fauzulnaimtv.com. FNTV adalah saluran web TV milik penuh Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Ia diwujudkan bagi memberikan maklumat terkini aktiviti Fauzul Na’im Sdn. Bhd. dan para perunding di bawah pengurusan kami. Pelbagai video menarik dikongsikan antaranya rancangan TV di mana perunding kami terlibat, ceramah motivasi, bengkel-bengkel, aktiviti di sekitar dunia penulisan dan pembangunan diri serta banyak lagi.

Pihak FNSB amat berharap dengan wujudnya saluran info dan maklumat ilmu ini, lebih ramai yang mendapat manfaat daripada. Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan bagi memantapkan lagi FNTV. Bagi yang berminat bolehlah layari http://www.fauzulnaimtv.com.

fntv

Filed Under: Jenama

Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 hb. Januari 2009

January 2, 2009 by Fauzul Naim Ishak 1 Comment
January 17, 2009
8:30 AMto6:00 PM

AkademiPenulis.Com jenama pembangunan penulis di bawah Fauzul Na’im Sdn. Bhd. akan menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis. Ia adalah program fasa pertama di bawah Program PENULIS SUPER. Program ini memberikan maklumat secara menyeluruh mengenai dunia penulisan dan penerbitan buku di Malaysia. Dilengkapi dengan penerangan situasi semasa penerbitan daripada pengalaman melebihi 8 tahun dalam dunia penerbitan.

Ia diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 17 hb. Januari 2009
  • Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat : Hotel Vistana, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur
  • Yuran Penyertaan : RM 590 (OFFLINE), RM54 (ONLINE)

Peta untuk ke tempat seminar disertakan di bawah

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi program di www.janawangdenganmenulis.com (klik di sini)

Filed Under: Istimewa, Kalendar Aktiviti

Perkhidmatan Penerbitan : Buku Abstrak Sarjana & Doktor Falsafah APIUM (Bahasa Arab)

January 1, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment

PenerbitBuku.Com dalam proses mengendalikan projek buku Abstrak Sarjana & Doktor Falsafah Jabatan Al-Quran & Al-Hadith dan Jabatan Akidah & Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Projek ini sepenuhnya dalam bahasa Arab.

Projek buku ini adalah koleksi abstrak tesis para mahasiswa pasca sarjana dan doktor falsafah dari luar negara yang belajar di kedua-dua jabatan. Spesifikasi buku adalah 7″ X 10″, kertas dalam simili 70gsm, teks hitam putih, kulit buku artcard 230 gsm, kulit empat warna, finishing UV.

Sasaran buku ini siap pada Februari 2009.

Kulit Buku Abstrak Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (Arab)

Filed Under: Istimewa, Perkhidmatan Penerbitan, Portfolio

Perkhidmatan Penerbitan : Laman Web Pesta Buku Negeri Selangor 2008

January 1, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment
  • Nama Projek : Laman Web Pesta Buku Selangor
  • Pemilik : Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor
  • Tarikh Projek : Julai 2008
  • Jenama Fauzul Na’im Sdn. Bhd. :  PenerbitBuku.Com

Laman Web Pesta Buku Selangor

Gerak kerja :

Laman web Pesta Buku Selangor 2008 adalah projek tajaan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. Ia diwujudkan bagi membantu pihak Perbadanan Perpustakaan  Negeri Selangor mempromosikan aktiviti perbukuan di sana. Projek ini ditaja sepenuhnya oleh Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

Filed Under: Portfolio

Perkhidmatan Penerbitan : Buku Skor A Bahasa Malaysia UPSR

January 1, 2009 by Fauzul Naim Ishak 1 Comment
  • Nama Projek :  Skor A Bahasa Malaysia UPSR
  • Pengarang : En. Md Razman Samaon
  • Tarikh Projek : Julai 2008
  • Jenama Fauzul Na’im Sdn. Bhd. : PenerbitBuku.com

	Kulit Buku Skor A

Gerak kerja :

Buku ini adalah buku terbitan individu. Ia merupakan buku rujukan sekolah dan pusat tuisyen yang di mana pengarang mengajar. Buku ini berketebalan 224 halaman, saiz 6″ X 9″, Kertas isi dalam Simili 70gsm, teks hitam putih, kulit buku 4 warna, Artcard 230 gsm.

Perkhidmatan yang diberikan oleh pihak PenerbitBuku.Com adalah suntingan, susun atur huruf, pruf, penjilidan dan percetakan. Buku ini turut dijual di e-Kedai.net. Sudah diulang cetak sekali pada bulan Disember 2008.

Filed Under: Perkhidmatan Penerbitan, Portfolio

MentorPenulis.Com : Apabila Pengasas Fauzul Na’im Sdn Bhd Menulis

January 1, 2009 by Fauzul Naim Ishak Leave a Comment

MentorPenulis.Com adalah ruangan blog peribadi saya. Sebelum ini ia dimulakan melalui AkademiPenulis.Com yang kemudiannya ditukar menjadi ruangan latihan penulisan. MentorPenulis.Com adalah perkongsian pengalaman dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Pengalaman selama 8 tahun yang penuh hikmah dirasakan perlu dikongsikan dengan semua. Pengalaman berinteraksi dengan penulis, penerbit buku, pekedai buku, organisasi kerajaan, organisasi swasta dan lain-lain terasa rugi apabila disimpan.

mentorpenulis

[Read more...]

Filed Under: Istimewa, Jenama
« Older Posts

Categories

Recent Posts

  • Peranan The Next Store Diperbesar
  • Puan Nurulhilyati: CEO Baru Kumpulan FN
  • Penstrukturan Baru Kumpulan FN
  • The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net
  • KEKOSONGAN JAWATAN : Eksekutif Pentadbiran (Akaun)

Archives

  • April 2010
  • October 2009
  • July 2009
  • April 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Return to top of page

Copyright © 2010 · Delicious Theme on Genesis Theme Framework by StudioPress · WordPress · Log in